Penentuan tarikh sambutan Hari Raya di negara ini berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun
KUALA LUMPUR: Penentuan tarikh sambutan Hari Raya di negara ini berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah berkata di Malaysia penentuan tarikh Hari Raya adalah melalui kaedah gabungan antara ilmu Hisab (kiraan) dan Rukyah (anak bulan) atau lebih dikenali Imkanur-Rukyah iaitu menepati kadar tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal (sabit pertama selepas ijtima’) dan matahari.
“Penetapan kita adalah berdasarkan kepada hukum syarak di mana pada 29 Ramadan akan dibuat cerapan anak bulan untuk dilihat sama ada hari raya pada keesokan harinya ataupun kalau anak bulan tidak kelihatan maka akan beraya pada lusa.”
“Jadi itu yang kita amalkan selama berpuluh tahun dan sepatutnya tidak timbul isu tentang perkara ini, yang menjadi isu apabila ada pihak membawa pandangan negara lain yang berasaskan kepada pengiraan negara lain dan yang baru ini mengatakan bahawa raya pada hari Jumaat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Luqman berkata melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutan bersama beberapa agensi yang terlibat menunjukkan bahawa saiz anak bulan yang dijangka adalah dua darjah dan memustahilkan untuk hari raya jatuh pada hari Jumaat.
“Berdasarkan kepada pengiraan kita pada 29 Ramadan ini pada hari Khamis ketinggian anak bulan tidak mencapai kriteria itu lagi iaitu berada pada ketinggian dua darjah, kebiasaanya pada 29 belum nampak lagi dan dari segi pengiraan adalah tipis dan tak mungkin akan nampak anak bulan.
“Bagaimanapun kita bergantung juga pada kuasa Allah, sebab itu pada pengiraan semasa kita katakan raya adalah pada hari raya Sabtu tetapi pengesahan yang tepat bergantung kepada kenampakkan anak bulan pada 29 Ramadan, kita hanya jangkakan hari raya mengikut keadaan semasa berdasarkan Imkanur-Rukyah,” katanya.
Luqman berkata jangkaan yang berada pada takwin semasa kini berpandukan perkembangan ilmu astronomi dan pejabat mufti sememangnya sentiasa berbincang bersama bahagian astronomi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengenai data berkenaan.
“Apa yang berlaku pada tahun lepas adalah apabila jangkaan yang dibuat adalah lima darjah iaitu hampir dengan kriteria yang telah ditetapkan dengan ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan.”
“Ketika itu juga kebolehnampakan anak bulan begitu jelas dengan keadaan cuaca yang cerah, tiada awan yang melindungi anak bulan,” katanya.
Beliau berkata selain itu tarikh Hari Raya mestilah bergantung kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.
“Maklumat daripada 29 lokasi cerap anak bulan di seluruh Malaysia akan dikumpulkan selepas itu akan dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja barulah umumkan kepada masyarakat,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.