KUALA LUMPUR: Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menyertai Pakej Stimulus IKS TV AlHijrah (TVAH) berjaya meningkatkan jualan mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Walaupun TV AlHijrah hanya dapat memberi ruang pengiklanan percuma, termasuk di platform digital, kepada 270 daripada lebih 1,800 pemohon pakej stimulus itu, rata-rata peserta amat berterima kasih kepada stesen TV Islamik itu.
Pakej Stimulus IKS TVAH itu adalah sebahagian misi MusaadahCOVID19, inisiatif agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membantu kelompok terjejas akibat wabak COVID-19.
Usahawan IKS yang juga orang kurang upaya (OKU), Irwan Fairuzi Johari berkata beliau amat gembira kerana terpilih sebagai peserta pakej stimulus IKS TVAH itu.
Beliau berkata pendapatannya meningkat lebih 50 peratus dengan hanya menjual produk sejuk beku dan keperluan harian secara atas talian dengan bantuan pengiklanan percuma di TV AlHijrah.
“Alhamdulilah, peningkatan memang nampak ketara, untuk pakej ini saya memang bersyukur dan diberi peluang…. Saya rasa usahawan IKS di luar yang OKU seperti saya perlu ambil peluang,” katanya ditemubual Berita AlHijrah melalui Skype semalam.
Pengasas Butik Fantasia, Siti Ashiah Osman yang juga peserta pakej stimulus IKS TVAH berkata butiknya menerima lebih 100 tempahan secara atas talian dan perniagaannya kini dikenali ramai selepas dipaparkan di TV AlHijrah.
“Sangat berbaloi kerana setiap hari saya akan terima whatsapp dari para pelanggan yang mana sebelum ini ada yang tidak terfikir untuk membeli baju raya di sini, namun melihat pelbagai rekaan yang ditawarkan (di TV AlHIjrah) ia berjaya menarik minat mereka,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris menyifatkan pakej stimulus itu sebagai platform baharu untuk usahawan memperbaharui sistem perniagaan mereka melalui konsep “new normal” dengan hanya berniaga di atas talian sepanjang PKP bagi membendung wabak COVID-19.
“Dari satu sudut, perkembangan ini satu yang sihat kerana mereka sekarang mula mengenali betapa pentingnya cara penjualan (online) dan bagaimana mereka boleh mempelajari selok belok untuk menjana pendapatan di waktu PKP,” katanya menyifatkan IKS sebagai penyumbang utama ekonomi negara.
TV AlHijrah melancarkan pakej stimulus khas bernilai RM7.65 juta itu untuk membantu usahawan IKS yang terjejas akibat kesan COVID-19.
Melalui pakej stimulus itu, usahawan terpilih mendapat ruang pengiklanan percuma bernilai RM30,00 setiap seorang di slot Assalam Biz setiap hari jam 9 pagi.
Namanzee berkata pakej stimulus itu akan diteruskan sehingga Julai depan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
Pingback: TV ALHIJRAH KEKAL SALURAN ISLAMIK NO. 1 NEGARA KETIKA PKP, PKPB | ALHIJRAH ONLINE