Dunia telah menutup mata terhadap penderitaan Palestin selama beberapa dekad, Malaysia sebaliknya, sentiasa konsisten dengan pendiriannya dalam konflik Israel-Palestin.
KUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membela perjuangan serta nasib Palestin dan rakyatnya yang berjuang menentang kekejaman Israel.
Dunia telah menutup mata terhadap penderitaan Palestin selama beberapa dekad, Malaysia sebaliknya, sentiasa konsisten dengan pendiriannya dalam konflik Israel-Palestin.
“Kami rakyat Palestin menghargai dan mengagumi sokongan diberikan Malaysia dan Perdana Menteri, ketika pertemuan dengan (Presiden AS) Presiden Joe Biden, mengukuhkan lagi kedudukan dan pendirian Malaysia terhadap perjuangan Palestin,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Beliau berharap Malaysia akan mempengaruhi negara Asia lain ke arah menyokong perjuangan Palestin.
“Isu Palestin sentiasa menyatukan jiwa dan menyentuh hati semua rakyat Malaysia,” tambahnya.
Malaysia konsisten dengan pendiriannya serta lantang menyuarakan solidariti dan sokongan terhadap isu Palestin.
Semasa mesyuarat pemimpin ASEAN dengan Presiden Joe Biden pada sidang kemuncak khas di Washington D.C. pada 13 Mei, Ismail Sabri telah meminta AS bersikap jujur menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
“Kekejaman Israel perlu dihentikan. Malaysia menekankan Amerika Syarikat perlu jujur selesai isu itu. Kalau di Ukraine, Amerika boleh mengambil tindakan cepat, kita nak Amerika Syarikat mengambil tindakan cepat bagi isu Palestin,” kata Perdana Menteri.
Duta itu juga menghargai pendirian Malaysia untuk tidak menormalkan hubungan dengan Israel serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin mencapai kebebasan daripada penjajahan haram Israel.
HIPOKRIT DAN SIKAP PILIH KASIH TERHADAP PALESTIN
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia Dr Sharif Amin Abu Shammalah berkata seruan Ismail Sabri pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS telah mendedahkan sikap hipokrit dan pilih kasih atau dwistandard Barat dalam menangani isu Palestin.
Beliau berkata ia amat ketara apabila Barat dengan pantas mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tetapi membisu mengenai kekejaman Israel di bumi Palestin dan rakyatnya sejak tujuh dekad lalu.
Beliau berkata Israel tidak boleh melanggar mana-mana undang-undang antarabangsa dan perlu bertanggungjawab atas jenayahnya.
“Rakyat Palestin amat menghargai pendirian rakyat dan kerajaan Malaysia berhubung isu Palestin.
“Kami sentiasa melihat bagaimana Malaysia adalah antara negara paling lantang menyokong isu Palestin.
“Saya percaya berdasarkan kedudukan Malaysia di wilayah serantau, ia mampu menyumbang kepada mengheret Israel ke muka pengadilan,” katanya kepada Bernama.
AL-NAKBA
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengulangi gesaan Malaysia supaya penamatan segera terhadap pemindahan paksa rakyat Palestin yang berlarutan oleh rejim tentera Israel.
Beliau berkata Malaysia tidak akan menjalinkan hubungan dengan Israel.
“Malaysia akan terus menzahirkan sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada saudara-saudara kita di Palestin; dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan Israel.
“Komuniti antarabangsa harus bersatu untuk menamatkan rejim apartheid Israel,” katanya dalam laman sosial Facebook sempena memperingati ulang tahun ke-74 Al-Nakba pada Ahad.
Sementara itu, Abu Ali turut menggesa masyarakat antarabangsa berlaku adil terhadap rakyat Palestin, yang telah menjadi mangsa pilih kasih selama lebih tujuh dekad.
“Apa yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, dunia Barat boleh bertindak mengenakan sekatan terhadap Rusia hanya dalam beberapa minggu.
“Sedangkan nasib kami (rakyat Palestin) yang telah menderita selama lebih tujuh dekad terus dipinggirkan masyarakat antarabangsa dan boleh dikatakan tiada apa yang telah mereka lakukan. Jelas kami dapati kami menjadi mangsa pilih kasih,” katanya.
Hari Nakba disambut pada 15 Mei setiap tahun, sebagai mengenang peristiwa pengusiran paksa hampir 800,000 rakyat Palestin pada 1948 dari kediaman mereka di Palestin. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked