Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PASANGAN KEKASIH MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN

DALAM NEGARA

PASANGAN KEKASIH MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN

Kejadian berlaku pada 3.11 pagi selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Haniff Idham dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik pasukan penyelamat dari arah belakang.

KUALA TERENGGANU: Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kemajuan di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Muhammad Haniff Idham Mohd Azmi, 24, dan Nurshabirah Izzani Zulkarnain, 22, kedua-duanya berasal dari Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku pada 3.11 pagi selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Haniff Idham dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik pasukan penyelamat dari arah belakang.

Beliau berkata rempuhan itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa yang bekerja sebagai peniaga bersama bakal tunangnya terbabas lalu melanggar pokok hiasan di tengah pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan.

Menurut Azli, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang datang dari arah Gong Badak menghala ke Kuala Terengganu tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan kereta mangsa.

“Selepas itu, datang pula sebuah kereta melanggar belakang kenderaan SUV berkenaan. Bagaimanapun pemandu kenderaan SUV hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pasangan berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum disahkan meninggal dunia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading