Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PBB: Israel lakukan jenayah perang

DUNIA

PBB: Israel lakukan jenayah perang

NEW YORK, 1 Mac – Tentera Israel mungkin telah melakukan jenayah perang ketika bertindak balas terhadap protes diadakan penduduk Palestin di sempadan Genting Gaza pada tahun lalu.

Suruhanjaya Siasatan menyiasat pembunuhan 189 penduduk Palestin antara 30 Mac dan 31 Disember 2018.


Israel telah membunuh 189 penduduk Palestin antara 30 Mac dan 31 Disember 2018. – Foto Sinar Harian

Ia mendapati alasan yang munasabah untuk mempercayai penembak tepat Israel menembak kanak-kanak, kakitangan perubatan dan wartawan.

Pemangku Menteri Luar bagaimanapun menolak laporan tersebut.

Sinar Harian memetik laporan BBC menyebutkan Israel Katz mendakwa Majlis Hak Asasi Manusia itu mendakwa laporan itu kononnya mencetuskan permusuhan, pembohongan dan berat sebelah terhadap Israel.

“Tidak ada yang boleh menafikan hak untuk membela diri dan kewajipan untuk melindungi rakyatnya terhadap serangan ganas di sempadan,” ujarnya.

Penduduk Palestin menyertai protes di sepanjang sempadan sejak Mac lalu sebagai sebahagian daripada demonstrasi Great March of Return sebagai tanda sokongan terhadap hak pelarian Palestin yang diusir untuk kembali ke tanah air mereka.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading