Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad menolak cadangan Israel untuk menyalurkan bantuan ke Gaza di bawah kawalan ketenteraan dengan alasan terdapat kebimbangan serius terhadap kemanusiaan.
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad menolak cadangan Israel untuk menyalurkan bantuan ke Gaza di bawah kawalan ketenteraan dengan alasan terdapat kebimbangan serius terhadap kemanusiaan, lapor agensi berita Jerman dpa.
Pasukan kemanusiaan PBB di Gaza memaklumkan bahawa pelan Israel itu melanggar prinsip asas kemanusiaan dan dilihat “dilaksanakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas barangan keperluan asas sebagai taktik tekanan – yang merupakan sebahagian daripada strategi ketenteraan.”
Mekanisme penghantaran yang dicadangkan memerlukan kelulusan PBB untuk mengagihkan bekalan melalui pusat pemeriksaan Israel di bawah syarat yang ditetapkan oleh tentera Israel.
Pasukan PBB memberi amaran bahawa rancangan itu akan memaksa orang awam memasuki zon ketenteraan untuk mendapatkan bantuan, sekali gus mendedahkan mereka dan petugas kemanusiaan kepada risiko keselamatan.
Ia juga berpotensi menyebabkan golongan rentan, termasuk mereka yang kurang upaya, tidak mendapat bantuan serta mencetuskan lebih banyak pemindahan secara paksa.
PBB menegaskan bahawa ia hanya boleh menyokong mekanisme bantuan yang menepati prinsip kemanusiaan sejagat iaitu kemanusiaan, keadilan, kebebasan dan berkecuali.
Israel menyekat sepenuhnya kemasukan bantuan ke Gaza sejak awal Mac, termasuk bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Pegawai PBB memberi amaran bahawa orang awam kini kelaparan dan hospital tidak mampu merawat mereka yang sakit dan cedera.
Israel mendakwa sekatan itu bertujuan memberi tekanan kepada kumpulan pejuang Palestin, Hamas supaya membebaskan baki tawanan.
PBB turut menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa melarang hukuman kolektif dan mewajibkan kuasa pendudukan menjaga kebajikan orang awam di wilayah yang didudukinya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests