Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PDRM BANTU SIASATAN RAKYAT MALAYSIA DITEMBAK DI BETONG

DALAM NEGARA

PDRM BANTU SIASATAN RAKYAT MALAYSIA DITEMBAK DI BETONG

Polis Diraja Malaysia akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan seorang rakyat negara ini yang cedera parah dipercayai terkena tembakan oleh seorang penyerang yang tidak dikenali di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand pada Sabtu lepas.

IPOH: Polis Diraja Malaysia akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan seorang rakyat negara ini yang cedera parah dipercayai terkena tembakan oleh seorang penyerang yang tidak dikenali di Jalan Chantharothai, Bandar Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu DSP Zulkepli Ibrahim berkata kejadian berlaku apabila mangsa lelaki berusia 55 tahun yang sedang menunggang motosikal ditembak sebanyak tiga das oleh suspek semasa berada di hadapan sebuah kedai serbaneka pada kira-kira pukul 9 malam, waktu Thailand.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan paha telah dibawa ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut dan keadaan mangsa kini masih stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang menyerang dipercayai warganegara Thailand telah berjaya melarikan diri dan masih sedang dikesan setakat ini.

Katanya pihak berkuasa Thailand masih mengesan penyerang serta sedang menyiasat motif serangan tersebut dari pelbagai aspek sama ada berpunca daripada perbalahan peribadi ataupun perniagaan.

“Mangsa telah lama keluar dan masuk ke daerah Betong kerana mempunyai seorang isteri warga Thailand selain pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading