PDRM CADANG PINDA AKTA BERKAITAN DADAH SELARAS PERKEMBANGAN SEMASA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya meminda atau menggubal beberapa akta berkaitan hukuman dadah selaras dengan perkembangan semasa salah guna bahan terlarang itu di negara ini.
MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya meminda atau menggubal beberapa akta berkaitan hukuman dadah selaras dengan perkembangan semasa salah guna bahan terlarang itu di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sebagai contoh, jenis dadah yang kini banyak disalah guna penagih di negara ini ialah syabu dan pil ekstasi berbanding heroin sebelum ini.
“Sebelum ini, bagi heroin 15 gram memang hukuman gantung tetapi bagi syabu dan pil ekstasi ialah 50 gram (hukuman gantung)… jadi kita nak kurangkan lagi berat bagi syabu kepada 15 gram.
“Cadangan ini telah dibawa kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri) sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti secara menyeluruh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Seminar Isu Sosial Masyarakat: Situasi, Cabaran dan Pencegahan Dalam Era Masa Kini di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, pihaknya sedang menyenaraikan bahan kimia terlarang yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis baharu seperti syabu, ketamin, pil yaba dan pil kuda.
Katanya, setakat ini lebih 60 bahan kimia terlarang tersenarai dalam penggunaan penghasilan dadah jenis baharu di Malaysia berbanding lebih 900 bahan kimia terlarang untuk tujuan tersebut yang tersenarai di luar negara.
Selain itu, Ayob Khan berkata PDRM dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), akan terus memperkukuhkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang peningkatan penyeludupan ganja dari Thailand, susulan keputusan kerajaan negara itu membenarkan rakyatnya menanam ganja berkuat kuasa 9 Jun lepas.
Beliau berkata keputusan Thailand itu dilihat akan memberi impak kepada aktiviti penyeludupan ganja ke negara ini ekoran tiada lagi sekatan pergerakan tumbuhan itu di negara berkenaan walaupun ia masih dilarang di Malaysia.
“Pergerakan ganja di negara itu tiada had lagi… mungkin semua akan tunggu di sempadan untuk masuk ke Malaysia dan semalam sahaja sebanyak 860 kilogram ganja yang cuba diseludup masuk dari Thailand ke negara ini berjaya dirampas,” katanya.
Mengulas tentang pemansuhan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah, beliau berkata ia tidak akan memberi kesan negatif pada usaha PDRM untuk memerangi jenayah dadah dan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests