Suspek ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan kegiatan
kumpulan pengganas yang dianggotai warga Filipina dan tempatan dalam serbuan di
Semporna dan Tambunan, Sabah.
Operasi pada 11 dan 12 Mac ini dilaksanakan Bahagian Counter Terrorism
Cawangan Khas Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Sabah dan Unit 69 Komando PDRM.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan
membabitkan 13 suspek yang terdiri daripada 12 warga Filipina dan seorang warga
tempatan disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas termasuklah memberi
perlindungan kepada pengganas asing yang bersembunyi di Sabah.
Menurutnya, kesemua ditangkap disyaki menganggotai kumpulan Abu Sayyaf
Group (ASG), kumpulan Maute atau Royal Sulu Force (RSF).
“Tangkapan pertama pada 11 Mac di Semporna, seramai enam lelaki
termasuk seorang warga tempatan berusia 40 hingga 60 tahun diberkas.
“Siasatan mengesyaki empat daripada mereka terlibat dalam
pertempuran bersama-sama kumpulan pengganas Maute di Bandar Marawi, Filipina
pada tahun 2017. Malah turut terlibat memberi perlindungan kepada elemen
kumpulan pengganas Maute serta beberapa warga Timur Tengah yang bersembunyi di
Sabah.
“Dua lagi suspek juga disyaki merupakan anggota kumpulan RSF yang
terlibat dalam insiden serangan di Lahad Datu dan Semporna pada tahun 2013
selain terlibat merekrut anggota baru RSF dengan menjual kad keahlian dalam
kalangan warga Filipina yang menetap di Sabah,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kedua-dua suspek ini telah melarikan diri ke Selatan
Filipina selepas kekalahan kumpulan RSF. Namun, pada November 2018, kedua-dua
mereka ini telah menyusup masuk ke Semporna untuk mengaktifkan kembali aktiviti
kumpulan tersebut di Sabah.
Mengulas lanjut, serbuan kedua di Tambunan melibatkan lima lelaki dan
seorang wanita warga Filipina berusia 23 hingga 63 tahun.
Katanya, siasatan mendapati seorang daripada suspek yang ditangkap
merupakan pekerja buruh binaan disyaki anggota kumpulan pengganas ASG yang
pernah terlibat di dalam serangan di Bandar Marawi, Filipina.
“Suspek menyusup masuk ke Sabah pada Disember tahun lalu bersama
anggota kumpulan terbabit bagi mengelak daripada operasi ketenteraan pihak
berkuasa Filipina.
“Sementara itu, lima lagi suspek ditangkap kerana terlibat dalam
memberi perlindungan kepada elemen pengganas ASG dan kumpulan Maute yang masih
bebas,” katanya.
Mohamad Fuzi berkata, tangkapan pada 12 Mac pula melibatkan seorang
lelaki Filipina berusia 39 tahun yang juga merupakan pekerja buruh binaan
kerana memberi perlindungan kepada kumpulan pengganas ASG dan kumpulan Maute
yang masih bebas.
“Dengan tangkapan ini, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas
yakin dapat mengesan dan memburu saki-baki kumpulan pengganas yang bersembunyi
di dalam negara khususnya di Sabah,” katanya.
Kesemua yang ditangkap disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager