Perketatkan penguatkuasaan ke atas kilang haram

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan ke atas operasi kilang-kilang haram perlu dikuatkuasakan dengan lebih ketat lagi sebelum keadaan bertambah parah.
Walaupun kerajaan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) sebagai panduan kepada industri, namun mangsa akibat keracunan bahan kimia menunjukkan SOP ini tidak dipatuhi.
Dalam insiden keracunan bahan kimia di Pasir Gudang, sisa bahan kimia yang tidak dilupuskan secara selamat dan memenuhi piawaian menyebabkan bencana kepada awam, sekaligus membuka mata masyarakat akan bahayanya sebarang keengkaran pihak pengilang terhadap pematuhan peraturan melupuskan sisa buangan kilang.

Menurut Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Yang Farina Abdul Aziz, tindakan kilang-kilang haram ini membuang sisa bahan kimia ke dalam sungai terlihat sebagai cubaan mengelak daripada kegiatan mereka terbongkar.

kepada mangsa keracunan bahan kimia di Pasir Gudang.
Kesan akibat keracunan bahan kimia akan menjadi lebih teruk dan buruk jika bahan kimia itu sampai ke laut, kata beliau sewaktu ditemuramah oleh Berita Hijrah Jumaat lalu.
Mengikut sampel yang pernah diambil di Sungai Kim Kim beberapa tahun lalu, didapati tahap oksigen larut dalam sungai itu adalah sifar.
Indikasi itu menunjukkan bahawa tiada kehidupan yang boleh hidup dalam sungai tersebut dan keadaan sungai berwarna hitam memberi petujuk bahawa kegiatan membuang sisa bahan kimia dalam sungai sudah berlanjutan selama beberapa tahun.