Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGANG PRINSIP ISLAM TIDAK MENGHINA AGAMA LAIN

DALAM NEGARA

PEGANG PRINSIP ISLAM TIDAK MENGHINA AGAMA LAIN

KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam di negara ini perlu berpegang dengan prinsip dan ajaran agama itu yang melarang penganutnya daripada menghina dan menabur kebencian terhadap agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata berikutan itu, umat Islam tidak perlu memberi sebarang reaksi terhadap perbuatan individu atau pihak yang cuba menghina agama itu.

“Kerana kita (umat Islam) lebih kepada soal (bertindak) dalam bentuk intelektual, wacana, muzakarah dan sebagainya. Tidak elok kalau kita bersikap demikian (menghina agama lain).

“Ia tidak sepatutnya berlaku pada mana-mana agama sekali pun,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Buku Terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) 2022 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 di sini, hari ini.

Idris berkata demikian bagi mengulas isu baru-baru ini mengenai dua jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP) yang mentadbir India telah mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah RA.

Perkara itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh negara, terutama di Asia Barat, yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah yang memunggah keluar produk India dari rak jualan.

Ditanya sama ada Malaysia akan mengikut jejak langkah negara lain yang memboikot produk keluaran dari India, Idris berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading