PEKERJA RESTORAN DIDAKWA HENDAP PEMBACA BERITA DI TEMPAT KERJA
Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghendap seorang pembaca berita wanita di tempat kerjanya dan melalui media sosial, minggu lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghendap seorang pembaca berita wanita di tempat kerjanya dan melalui media sosial, minggu lepas.
Muhammad Azhari @ Azari Abd Rahman, 55, didakwa melakukan pengintaian terhadap Ainaa Kamalia Jamaludin, 31, dengan menghantar mesej melalui media sosial dan berulang kali pergi ke tempat kerja wanita itu di Awesome TV, di sini pada 4 petang, 17 Sept lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, Muhammad Azhari yang berada di dalam kandang tertuduh dilihat beberapa kali menyatakan: “Saya nak (hendak) jumpa dia (sahaja)”.
Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim berkata: “Kamu ada peguam, biar peguam kamu yang cakap” dan tertuduh dilihat berdiam diri selepas ditegur majistret.
Pegawai Pendakwa ASP Muhamad Sapri Yaakub menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mohamad Zaidi Othman yang mewakili tertuduh memaklumkan kepada mahkamah ahli keluarga tidak berhasrat untuk menjamin dan memohon agar tertuduh dihantar ke hospital untuk mendapatkan status kesihatan mentalnya.
“Saya ingin membuat permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar anak guam dihantar ke hospital berhubung kesihatan mentalnya.
“Sebelum ini, dia pernah didaftarkan di Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi dia tidak pergi untuk mendapatkan rawatan. Mohon satu tarikh singkat untuk saya dapatkan rekod daripada HKL,” kata Mohamad Zaidi.
Muhamad Sapri tidak membantah permohonan itu.
Atiqah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Okt ini untuk mendapatkan rekod tentang kesihatan mental tertuduh.
Pada 29 Mac lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dengan seksyen baharu 507A dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi kesalahan menghendap. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked