Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TAHFIZ DITEMUKAN LEMAS DI TALI AIR DI BACHOK

DALAM NEGARA

PELAJAR TAHFIZ DITEMUKAN LEMAS DI TALI AIR DI BACHOK

Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Lati, Bachok, hari ini.

KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Lati, Bachok, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok Lokman Yusoh berkata Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.

Beliau berkata lapan anggota BBP Bachok serta enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.37 petang.

“Mangsa kemudian ditemukan pada 4.13 petang. Mayat remaja itu diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading