Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TAHFIZ LEMAS SELEPAS SELAMATKAN RAKAN

DALAM NEGARA

PELAJAR TAHFIZ LEMAS SELEPAS SELAMATKAN RAKAN

Seorang remaja ditemukan lemas selepas menyelamatkan seorang rakannya ketika mandi di kawasan perkelahan air terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun, pagi tadi.

DUNGUN: Seorang remaja ditemukan lemas selepas menyelamatkan seorang rakannya ketika mandi di kawasan perkelahan air terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, di sini pagi tadi.

Mayat mangsa, yang juga etnik Rohingya Almas Khan Alam Shah, 16, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 9.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata, mangsa bersama tujuh rakannya yang juga penuntut di pusat tahfiz di Seremban pergi ke kawasan perkelahan air terjun tersebut untuk bermandi manda.

“Ketika sedang mandi, salah seorang rakannya yang berumur 17 tahun, hampir lemas dan mangsa dikatakan cuba untuk menyelamatkannya sebelum dihanyutkan arus deras.

“Mangsa berjaya menyelamatkan rakannya yang lemas dengan menolak rakannya itu ke tepi sebelum mangsa dihanyutkan arus dan tenggelam ke dasar kawasan air terjun terbabit.

“Rakan mangsa cuba membantu namun gagal berikutan arus deras dan bertindak menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan,” katanya.

Baharudin berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Al Mukhtafi Billah Shah (AMBS) tiba di lokasi kejadian dan mengeluarkan mangsa dari dasar air terjun itu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat manakala rakannya dirawat di Klinik Kesihatan Bandar Bukit Besi dan keadaannya dilapor stabil.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading