Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESARA RUGI RM46,000, KAD ATM DICURI PASANGAN SUAMI ISTERI

DALAM NEGARA

PESARA RUGI RM46,000, KAD ATM DICURI PASANGAN SUAMI ISTERI

Siasatan polis turut mengesan satu rakaman CCTV di sebuah premis menjual telefon di Kapar yang menunjukkan pasangan suami isteri yang dipercayai suspek terlibat sedang berurusan membeli sebuah telefon bimbit berjenama menggunakan kad ATM milik mangsa.

KUALA LANGAT: Seorang pesara kerajaan kerugian RM46,000 selepas kad ATM miliknya digunakan pasangan suami isteri untuk membeli sebuah telefon bimbit berjenama.

Tindakan pasangan itu bagaimanapun terbongkar selepas perbuatannya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai telefon tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, siasatan dijalankan selepas mangsa yang juga pesara kerajaan berumur 62 tahun membuat laporan polis sejurus menyedari kad ATM bank miliknya ditukar dan digunakan individu tidak dikenali.

“Siasatan mendapati , kejadian berlaku pada 25 Mac lalu, kira-kira jam 10 pagi apabila mangsa cuba mengeluarkan wang daripada ATM di sebuah bank di Banting dan kad tersebut telah tersangkut.

“Seorang lelaki yang tidak dikenali mangsa kemudian menawarkan membantu mengeluarkan kad ATM tersebut sebelum diserahkan kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya ke bank kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin dan mendapati wang miliknya gagal dikeluarkan, katanya.

“Mangsa kemudian merujuk masalah tersebut di kaunter bank dan mendapati kad tersebut bukanlah miliknya.

“Semakan akaun mangsa turut mendapati terdapat 23 transaksi yang digunakan melibatkan RM46,000,” katanya.

Ujar Ahmad Ridhwan, siasatan polis turut mengesan satu rakaman CCTV di sebuah premis menjual telefon di Kapar yang menunjukkan pasangan suami isteri yang dipercayai suspek terlibat sedang berurusan membeli sebuah telefon bimbit berjenama menggunakan kad ATM milik mangsa.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading