Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
BENTONG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada pertemuan di pejabatnya di Parlimen, semalam.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu.
“Saya mengharapkan kebijaksanaan TYT (Tuan Yang Terutama) untuk menerima watikah yang akan saya kemukakan dan majlis angkat sumpah (Ketua Menteri baharu) akan mengikut kesesuaian tarikh TYT,” katanya pada sidang media di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al Falah, Kampung Lebu di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memaklumkan bila beliau akan menghadap Mohd Ali mahupun jumlah nama individu yang akan dikemukakan dalam senarai berkenaan.
Ditanya jika nama Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof akan disenaraikan, Ahmad Zahid menjawab: “Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan. Kita tunggu pengumuman daripada Kerajaan Negeri Melaka.”
Berhubung soalan jika pertukaran Ketua Menteri itu adalah sebahagian daripada perancangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka seperti diumumkan beliau di negeri itu baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata ada kemungkinan ia akan berlaku.
“Kita akan lihat perkembangan terbaharu apabila Ketua Menteri yang baharu ini mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN Melaka) selepas raya,” katanya.
Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka mula dilaporkan media hari ini, susulan tular di aplikasi WhatsApp maklumat mengenai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung Jumaat ini.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan Bantuan Imarah Masjid daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada tiga masjid bernilai RM9,000 selain sumbangan kepada anak yatim dan saudara baharu Islam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests