Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TAHFIZ MAUT KEMALANGAN USAI SOLAT TARAWIH

DALAM NEGARA

PELAJAR TAHFIZ MAUT KEMALANGAN USAI SOLAT TARAWIH

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tahfiz yang baru pulang menunaikan solat tarawih maut selepas motosikal dinaikinya dilanggar sebuah lagi motosikal di Jalan Kampung Pengadang Baru, di sini malam tadi. 

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tahfiz yang baru pulang menunaikan solat tarawih maut selepas motosikal dinaikinya dilanggar sebuah lagi motosikal di Jalan Kampung Pengadang Baru, di sini malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan pada 10.45 malam dan mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Syakir Rahmat, 19, berasal dari Marang. 

“Siasatan awal mendapati Muhammad Adam Syakir dari arah simpang Sungai Rengas menghala ke simpang Taman Adeli 2 dipercayai keluar secara mengejut dari simpang memasuki jalan utama.

“Akibat jarak terlalu dekat, Muhammad Hafeeq Izzuan Mohd Izzad Izzuan, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125 dan sedang bergerak terus di jalan utama itu telah melanggar bahagian sisi sebelah kanan motosikal jenis Honda RS150R dinaiki mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Azli berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk tindakan lanjut.

“Muhammad Hafeeq Izzuan dari Kampung Gong Kiat yang cedera parah turut dibawa ke hospital sama bagi menerima rawatan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading