KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau tidak, masih di peringkat kajian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) bergambar bersama plak Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu hari ini. Turut hadir Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan). — Bernama
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau tidak, masih di peringkat kajian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada sebarang pengumuman daripada beliau bahawa kerajaan akan melaksanakan semula GST dalam masa terdekat, sebaliknya satu kajian dan pertimbangan termasuk kesan pelaksanaan semula sistem percukaian itu sedang dilakukan.
“Ramai orang terus melompat bila saya berkata tidak menolak kemungkinan (untuk melaksanakan semula GST), tapi saya kata perlu dikaji, kita perlu kaji buruk dan baiknya.
“Bukan saya umumkan akan melaksanakan GST, saya kata kita akan buat kajian sebab kajian mendapati kita kekurangan pendapatan sebanyak RM30 bilion setahun kerana berpindah daripada GST kepada SST (cukai jualan dan perkhidmatan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu di sini hari ini.
Ismail Sabri dalam wawancara khas bersama kumpulan media Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara, dan kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem percukaian itu sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara, bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.
Perdana Menteri menjelaskan apa yang paling penting adalah, rakyat perlu difahamkan terlebih dahulu sekiranya kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sebarang sistem percukaian baharu.
“Kalau kita rasa SST dah tak sesuai, (sistem percukaian) apa yang kita nak gantikan dan rakyat perlu difahamkan dahulu. Kita hendak supaya apa yang kita umumkan diterima rakyat, bukan ditolak rakyat.
“Kita banyak pertimbangan lagi yang akan kita tengok. Adakah kesan daripada GST itu berlaku kenaikan harga, adakah waktunya sesuai sekarang ini ataupun akan datang, berapa tahun lagi. Jadi jangan risau, sampai masanya kita akan dedahkan, kita akan umumkan,” katanya.
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.
GST kemudiannya digantung pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhkan apabila ia digantikan dengan sistem SST bermula 1 Sept 2018.
Kadar cukai semasa bagi cukai jualan adalah lima peratus dan 10 peratus, manakala kadar cukai perkhidmatan ialah enam peratus. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager