Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELANCONG HILANG : SAR DI GUNUNG JASAR DITERUSKAN HARI INI

DALAM NEGARA

PELANCONG HILANG : SAR DI GUNUNG JASAR DITERUSKAN HARI INI

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelancong dari India yang hilang sejak 22 Sept lalu ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands diteruskan hari ini.

Foto JBPM

IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelancong dari India yang hilang sejak 22 Sept lalu ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands diteruskan hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan berkata pencarian hari ini memfokuskan dalam radius 5 kilometer, melibatkan kawasan denai iaitu tempat terlibat bermula di Gunung Jasar dan Kampar PAS menghala ke Bharat Tea.

Zufadli berkata sasaran pencarian ialah sekitar 500 meter dari Gunung Jasar menggunakan sweeping kiri kanan denai secara menyeluruh.

Bagaimanapun SAR yang mengandungi kekuatan lebih 70 anggota itu ditangguhkan petang tadi dan perancangan operasi esok akan memfokuskan kawasan 500 meter dari puncak Gunung Jasar.

“Pencarian juga akan memfokuskan kawasan cerun dan ‘off trail’,” katanya.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli dalam kenyataan memaklumkan Nandan Suresh Nadkarni, 44, dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands sejak 22 Sept lepas.

Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.

Hasil siasatan awal polis mendapati pada 22 Sept, mangsa telah keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti pendakian di trail 10 Gunung Jasar, Tanah Rata berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di sekitar kawasan Tanah Rata. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading