Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELANCONG SINGAPURA HILANG DI PULAU TIOMAN

DALAM NEGARA

PELANCONG SINGAPURA HILANG DI PULAU TIOMAN

KUANTAN, 9 Jun – Seorang pelancong Singapura dilaporkan hilang sejak petang semalam di Kampung Paya di Pulau Tioman dekat Rompin. Difahamkan Sinar Widjoyo Tugi, 73, datang bercuti bersama anggota keluarganya dan kali terakhir dilihat berada di sebuah resot di pulau itu. Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan mangsa. Beliau berkata anggota keluarga mangsa membuat laporan polis lebih kurang 3 petang semalam di Mersing kemudian kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin. “Sehingga kini mangsa belum ditemui dan polis bersama pihak bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya. Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Anuar Hassan berkata seramai 14 anggota dan pegawai bomba digerakkan ke Pulau Tioman untuk operasi mencari dan menyelamat lelaki berkenaan. “Sekarang ini pasukan penyelamat yang terdiri daripada sembilan pegawai dari pasukan STORM (Special Tactical Operation Rescue Malaysia) dan MUST team (Multi-Skill Team) beserta lima anggota dari Balai Bomba Rompin masih giat mencari mangsa,” katanya. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading