PELARIAN PALESTIN DIRIKAN KHEMAH DI SEMPADAN MESIR
Penduduk Gaza yang berlindung di Rafah, Iyad Shabir berkata, dia telah berpindah sebanyak 10 kali sejak awal perang dan Rafah menjadi lokasi terakhir untuk berlindung.
GAZA: Ratusan ribu pelarian Palestin di Rafah kini berlindung di kawasan kecil perkhemahan sementara berhampiran sempadan Mesir, selepas tentera Israel menyerang Rafah.
Penduduk Gaza yang berlindung di Rafah, Iyad Shabir berkata, dia telah berpindah sebanyak 10 kali sejak awal perang dan Rafah menjadi lokasi terakhir untuk berlindung.
“Kali ini saya tak akan berpindah walaupun saya mati di sini. Jika saya pergi dari sini, saya akan pergi sebagai mayat.” katanya.
Dalam pada itu, Britain menyertai Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada dan New Zealand, mengulangi amaran kepada Israel supaya tidak melancarkan serangan darat di bandar itu selagi keselamatan warga Palestin tidak terjamin.
Semalam, Rumah Putih melaporkan Presiden AS, Joe Biden, berbual selama 40 minit menerusi telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung perkembangan terkini di Rafah.
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak pula memberitahu Netanyahu dalam panggilan telefon bahawa Britain sangat bimbang mengenai kesan kemanusiaan yang semakin memburuk, susulan pencerobohan tentera Israel di Rafah.
Di Kaherah, usaha untuk gencatan senjata memasuki hari ketiga, dengan orang tengah iaitu AS, Qatar dan Mesir terus cuba menjadi perantara perjanjian.
Dua matlamat utama ialah untuk menghentikan pertempuran dan melihat pembebasan tebusan yang masih berbaki sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin.
Pengarah Agensi Perisikan pusat (CIA), Bill Burns, membuat lawatan mengejut ke Israel kelmarin bagi mengadakan perbincangan dengan Netanyahu dan Ketua Agensi Perisikan Mossad Israel, David Barnea.
Barnea mengadakan perbincangan dengan Burns, wakil Mesir dan Qatar di Kaherah pada Selasa, sebelum delegasi Hamas membuat lawatan sehari kemudian.
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, berkata beliau percaya perjanjian masih boleh dibuat.
“Kami memberikan tumpuan kepada usaha ini dan percaya ia boleh dijayakan,” katanya ketika melawat Albania.
Pejabat Netanyahu berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa cadangan baharu daripada Hamas mengenai pembebasan tebusan dan media Israel melaporkan delegasi negara itu tidak akan kembali ke meja rundingan sehingga Hamas sedia ke arah itu.
Walaupun tidak mengulas secara langsung mengenai laporan itu, Netanyahu berkata,”Saya menegaskan bahawa Hamas menggugurkan tuntutan khayalan mereka dan apabila mereka menggugurkannya, kita boleh bergerak ke hadapan”.
Presiden Palestin, Mahmud Abbas, yang mengetuai Pihak Berkuasa Palestin berpangkalan di Tebing Barat, menggesa Hamas untuk ‘segera’ bersetuju dengan gencatan senjata bagi mengelakkan tragedi yang lebih buruk.
Kira-kira 130 tebusan dipercayai masih berada di Gaza selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel.
Menurut statistik AFP, berdasarkan data rasmi Israel, serangan itu mengakibatkan kira-kira 1,160 orang maut.
Serangan balas Israel di gaza pula mengorbankan sekurang-kurangnya 28,663 mangsa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, berdasarkan data kementerian Kesihatan Palestin.
Puluhan daripada anggaran 250 tebusan Israel yang ditahan semasa serangan itu dibebaskan sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin ketika gencatan senjata selama seminggu pada November.
Israel berkata, 29 daripada tebusan yang masih berada di Gaza dianggap telah mati. –Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager