Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU MAUT RENTUNG, KERETA DILANGGAR LORI JATUH LERENG BUKIT

DALAM NEGARA

PEMANDU MAUT RENTUNG, KERETA DILANGGAR LORI JATUH LERENG BUKIT

Lori berkenaan telah melanggar kereta tersebut hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu jatuh ke lereng bukit dengan ketinggian kira-kira enam meter.

JELEBU: Seorang pemandu kereta maut sementara seorang lagi parah dalam nahas dua kenderaan terjatuh ke lereng bukit di Bukit Tangga, berhampiran Taman Eko-Rimba Jeram Toi di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 9.26 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah lori.

Berdasarkan maklumat awal, lori yang dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Jelebu itu telah hilang kawalan lalu terbabas semasa menuruni bukit berhampiran Jeram Toi.

Katanya, lori berkenaan telah melanggar kereta tersebut hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu jatuh ke lereng bukit dengan ketinggian kira-kira enam meter.

“Akibat pelanggaran tersebut, kereta tersebut telah terbakar 100 peratus. Pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Jelebu.

“Pemandu kereta meninggal dunia di dalam kenderaan yang terbakar dan pihak bomba telah mengeluarkan mayat mangsa kira-kira pukul 12.04 tengah hari tadi,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu ASP Goh Kay Lun berkata, identiti mangsa kemalangan yang rentung itu sedang dikenal pasti.

“Pihak polis akan menyemak nombor casis kenderaan yang terbakar tersebut bagi tujuan mengenal pasti pemilik kenderaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Goh memaklumkan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jelebu bagi proses bedah siasat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading