PEMANDU TRELER DIDAKWA PANDU KENDERAAN BAWAH PENGARUH DADAH, REMPUH PLAZA TOL
Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, susulan kejadian merempuh pondok tol di Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) minggu lepas.
SHAH ALAM: Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, susulan kejadian merempuh pondok tol di Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) minggu lepas.
Tertuduh, Noor Azuan Abdul Rahman, 48, didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong Touch ‘n Go Plaza Tol Kemuning, laluan dari Klang ke Kuala Lumpur, Lebuhraya Kesas di sini pada 9.11 malam, 10 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih daripada RM50,000, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Akhilah Rosmi menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, Noor Azuan yang tidak diwakili peguam merayu supaya jaminan dikurangkan dengan alasan dia perlu menjaga kedua-dua ibu bapanya yang uzur dan anak saudaranya yang masih kecil.
Majistret Ameera Mastura Khamis membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga perbicaraan kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 12 Feb 2026 untuk sebutan kes bagi lantikan peguam.
Bernama sebelum ini melaporkan kemalangan itu membabitkan dua kenderaan yang dinaiki empat wanita, seorang lelaki dan dua kanak-kanak yang kesemuanya terselamat, namun hanya seorang jurutol wanita mengalami kecederaan dalam kejadian terbabit.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked