Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBANTU KEDAI MAUT KEMALANGAN LANGGAR MPV BUAT PUSINGAN U

DALAM NEGARA

PEMBANTU KEDAI MAUT KEMALANGAN LANGGAR MPV BUAT PUSINGAN U

Seorang pembantu kedai maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membuat pusingan U di Kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Alur Tuman, Marang, malam pada Jumaat.

Sumber: Media Sosial

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu kedai maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membuat pusingan U di Kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Alur Tuman, Marang, malam tadi.

Muhammad Fahrin Fiqri Salleh, 17, dari Kampung Pulau Kerengga maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Marang Supt Mohd Sofian Redzuan berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan membabitkan dua kenderaan itu pada 11.30 malam.

Sumber Gambar: Media Sosial

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa sebuah MPV jenis Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 41 tahun dari arah Marang Beach Resort, membuat pusingan U di lokasi dari bahu jalan sebelah kiri.

“Secara tiba-tiba, datang motosikal ditunggang Muhammad Fahrin Fiqri jenis Yamaha 135LC dari arah belakang telah melanggar bahagian sisi belakang sebelah kanan kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Sofian berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohamad Syafiq Amsyar Zaharuddin di talian 09-6182222,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading