JOHOR BAHRU: Pembeli sijil vaksinasi digital palsu akan disiasat dan berdepan pendakwaan selepas dibuktikan mereka terbabit membuat pembelian berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, kerana memberi maklumat palsu.
Katanya, polis Johor sedang menganalisis peralatan komputer sebuah klinik swasta di bandar raya itu yang dipercayai digunakan untuk mendaftarkan butiran pembeli sijil vaksin digital palsu yang tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun didaftarkan dalam sistem MySejahtera seolah-olah mereka sudah lengkap divaksin.
“Setakat ini lima pembeli sudah ditahan untuk siasatan, manakala 22 orang lagi pembeli di sekitar bandar raya ini sedang dikesan berikutan polis sudah memperoleh butiran peribadi mereka.
“Polis tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai pembeli sijil vaksin digital palsu ini berikutan sindiket berkenaan sudah beroperasi sejak sebulan lalu.
“Polis juga sedang menganalisis lebih lanjut lapan telefon bimbit milik suspek yang sudah ditahan termasuk tiga kakitangan klinik swasta itu dan lima pembeli lain, bagi memeriksa komunikasi perbualan antara kakitangan klinik dengan pembeli lain,” katanya.
Media hari ini melaporkan, polis Johor membongkar sindiket penjualan sijil digital vaksin palsu di Johor Bahru dengan penahanan tiga pekerja klinik swasta dan lima pembeli sijil berkenaan, pada Isnin dan semalam.
Kamarul Zaman dilaporkan berkata penahanan itu dibuat hasil laporan polis yang dibuat seorang pemilik sebuah klinik swasta di sini, pada jam 10.53 malam, Ahad lalu.
Sementara itu, Kamarul Zaman menggesa pembeli sijil vaksin digital palsu supaya menyerah diri kepada polis segera berikutan maklumat mereka akan diperoleh selepas analisis peralatan komputer selain telefon bimbit tiga kakitangan klinik berkenaan.
“Serah diri segera atau polis akan menahan anda tidak lama lagi.
“Polis sedang memburu 22 pembeli sijil vaksin digital palsu berkenaan berikutan maklumat mereka termasuk alamat rumah sudah diperoleh.
“Polis Johor memandang serius pembelian sijil vaksin digital palsu ini kerana ia mampu membahayakan nyawa orang awam selain penularan wabak COVID-19 yang tidak berkesudahan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager