Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dilitupi jerebu yang melanda negara sejak awal bulan ini.
KUALA LUMPUR: Operasi pembenihan awan akan dilakukan di
negeri-negeri selain Sarawak dan Selangor jika keadaan jerebu bertambah buruk.
Bagaimanapun, operasi pembenihan awan yang bertujuan mengurangkan
kesan jerebu itu bergantung kepada keadaan cuaca setempat.
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, operasi itu akan dilakukan mengikut atmosfera serta kadar kelembapan dalam udara yang sesuai.
“Sekiranya arah angin tidak berapa membantu untuk buat pembenihan awan, kita tidak akan laksanakan (operasi) sebab nanti ia tidak efektif,” katanya dipetik BERNAMA dalam satu majlis di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar Perak hari ini.
Di Sungai Buloh, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari
dilaporkan berkata pihaknya sedang memantau keadaan cuaca semasa sebelum
melakukan proses pembenihan awan di negeri itu.
Ia ekoran hujan lebat yang turun di beberapa kawasan di Selangor
sejak malam tadi yang dijangka mengurangkan kesan jerebu.
“Kita akan tengok dari masa ke masa dan saya akan dapatkan maklum balas daripada Jabatan Alam Sekitar (sebelum melakukan pembenihan awan),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Rumah Selangorku Hibiscus 3 kepada 270 pemilik di Sungai Buloh.
Media melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dijangka
melakukan operasi pembenihan awan di Selangor esok atau Isnin ini susulan
peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat di Johan Setia, Klang.
Johan Setia mencatatkan IPU 191 pada 9 pagi tadi diikuti Banting
(170), Petaling Jaya (161), Shah Alam (155), Klang (152) dan Kuala Selangor
(131).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
40,000 PELAJAR TERJEJAS, 220 SEKOLAH DAN IPT DITUTUP DI MUAR DAN TANGKAK
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan memberitahu Berita TV AlHijrah yang kira-kira 220 sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah Muar dan Tangkak diarah tutup esok ekoran keadaan jerebu semakin teruk.
Penutupan sekolah itu merangkumi 129 sekolah di Muar dan 82 sekolah di daerah Tangkak membabitkan 40,000 pelajar secara keseluruhannya. – BERNAMA/AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager