Fatimah ketika ditemubual wartawan Malaysia di Makkah. Foto Tabung Haji.
NADZIRAH SHARINGAT
Ketika
menjejakkan kaki ke Makkah, Fatimah Eral, 62, hanya membawa wang tunai RM300
dan kuih bahulu sebagai bekal untuk menjalani ibadah di Tanah Suci.
Tidak langsung
terlintas di kepalanya untuk membawa pulang berkotak-kotak buah tangan untuk
keluarga atau saudara mara, tetapi di hatinya tersemat satu hajat. Warga emas itu
mahu menunaikan hasrat anak bongsunya yang amat dirindui.
Anak bongsunya,
Mohd Nor, 13, yang sebelum itu amat gembira ketika mengetahui ibunya akan
menunaikan haji benar-benar menginginkan jubah baru dari Tanah Suci untuk
dibuat persalinan mengaji.
Ketika menemubual Fatimah, saya dapat melihat betapa warga emas yang berasal dari Semporna, Sabah itu cukup beremosi saat bercerita tentang anak bongsunya yang hanya berusia tiga tahun ketika ditinggalkan bapanya yang hilang entah ke mana.
“Aku tidak tahu dia hilang begitu sahaja, kami tidak bercerai,” kata Fatimah saat ditanyakan di mana suaminya sekarang.
Kumpulan
wartawan Malaysia yang menemubual Fatimah bertanya sejak bila lagi suaminya menghilangkan
diri.
“10 tahun lepas,” jawab Fatimah dalam genangan air mata. Allahu, saat itu jujurnya jauh di dalam hati saya merasa amat sedih bila mendengar ujian hidup yang menimpa ibu tua ini.
Hilang tempat
bergantung tanpa diberi sebarang isyarat atau sepatah kata, apatah lagi harta,
yang ditinggalkan hanyalah anak bongsu yang ketika itu baru berusia tiga tahun
yang mungkin belum mengenali wajah bapanya.
Tiap kali
bercerita tentang anak bongsunya, Fatimah akan menangis. Dia teringat akan
nasib anaknya yang ketiadaan kasih bapa dalam usia muda selain kepayahan hidup
yang mereka terpaksa harungi selama ini.
Mohd Nor, 13, menyimpan hasrat memiliki jubah dari Tanah Suci buat persalinan mengaji.
Berkongsi kisah hidupnya dengan wartawan Malaysia di Makkah, Fatimah berkata anaknya itu sering makan nasi berlauk kicap, malah pernah bersarapan air suam sahaja yang dikongsi dengannya.
Ibu kepada tiga
anak itu itu juga menegaskan yang beliau tidak berniat langsung untuk
berbelanja, namun sedaya upaya mahu memenuhi permintaan anak bongsunya yang
mahukan jubah baharu itu. RM300 yang dibawanya disimpan erat.
Saya bertanya kepada Fatimah tentang makan minumnya di Makkah. Jawabnya, “di sinilah makanan aku yang paling sedap. Tapi aku merasa amat sedih, anakku di kampung makan apa?”
“Kalau pagi
makcik makan apa?” tanya saya lagi kepada ibu tua itu memandangkan hanya
hidangan tengah hari dan malam yang disediakan di sini.
Fatimah menjawab, “aku ada bawa bekal bahulu. Makanan sama tidak apa, asalkan kenyang”.
Mengenali
Fatimah dengan lebih dekat, ternyata dia bukanlah insan yang suka meminta-minta
walaupun dihimpit kemiskinan.
Ditanya tentang
persiapan ke Tanah Suci, tanpa segan silu warga emas itu menjawab, “banyak
pakaianku orang yang bagi”.
Dipegang tudung
hijaunya sambil berkata, “Aku bawa pun tidak banyak, guna apa adanya. Aku
dapat ke sini (Tanah Suci) pun aku sudah bersyukur”. Terlihat air jernih bergenang
di kelopak matanya.
Menyedari kisah
Fatimah yang menyedihkan itu, ramai yang tampil menghulurkan bantuan kewangan.
Tapi hati saya makin tersentuh apabila dia berkata, “wang bantuan ini akan
aku simpan untuk belanja anak- anakku di Sabah nanti”. Allahu..
Jika diikutkan simpanan Tabung Haji (TH), Fatimah mengakui yang dia tidak mungkin menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Dia antara 30,200 jemaah Malaysia yang mengerjakan haji tahun ini.
Hakikatnya, baki akaun TH Fatimah bukannya bertambah, malah susut setiap tahun. Mana tidaknya, dengan hanya berniaga kuih dan nasi kuning dengan purata pendapatan RM40 sehari yang digunakan untuk menanggung kehidupanan tiga anak dan lima cucunya, mana mungkin dia mampu menyimpan untuk haji.
Fatimah antara jemaah yang dibiayai Tabung Warga Tua TH selepas beliau dua kali menolak tawaran haji kerana kedaifan dan kesempitan hidup.
Terima kasih Tabung Haji kerana merealisasikan impian Fatimah untuk melaksanakan rukun Islam kelima.
Dua minggu meninggalkan Makkah, terdetik di hati saya barangkali anak bongsu Fatimah kini menjadi anak yang paling bahagia dengan jubah baharu yang dibawa pulang ibunya dari Makkah. – AlHijrah Online
Penulis adalah wartawan TV AlHijrah yang membuat liputan haji musim 1440H.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests