Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM NAFI PERSIJILAN HALAL DI BAWAH MOF

DALAM NEGARA

JAKIM NAFI PERSIJILAN HALAL DI BAWAH MOF

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menafikan laporan sebuah portal berita bahawa urusan Persijilan Halal kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF).

Unit Komunikasi Korporat JAKIM menerusi kenyataannya malam ini berkata kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa bahawa urusan Persijilan Halal Malaysia diletakkan di bawah MOF adalah tidak benar.

Ismail Sabri dilaporkan berkata demikian di dalam artikel bertajuk “Don’t be worried over Ummah unity gathering, Tok Mat tells non-Malays” yang disiarkan The Star Online jam 11.38 malam semalam.

“JAKIM menafikan kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa sehingga kini JAKIM bersama pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri masih lagi merupakan pihak yang bertanggungjawab penuh terhadap urusan Pensijilan Halal Malaysia,” kata kenyataan itu.

JAKIM juga berharap peranan pensijilan halal yang dijalankannya sejak sekian lama dapat terus dimanfaatkan oleh semua pihak, termasuk dari dalam dan luar negara serta mampu membantu menjana ekonomi negara mapan dan berdaya saing. –– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading