Pembenihan awan perlu dilakukan untuk mengurangkan keadaan jerebu. Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Proses pembenihan awan bagi
mengurangkan jerebu akan dimulakan esok di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.
Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, dua negeri akan menjadi tumpuan proses pembenihan awan iaitu Selangor dan Johor yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi.
Katanya, proses pembenihan awan di Selangor dijangka bermula jam 11 pagi.
“Untuk pembenihan awan di Selangor esok, pesawat akan berlepas dari Airport Subang dengan kerjasama TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) dan Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya dipetik BERNAMA di sini hari ini.
Isnaraissah Munirah berkata demikian selepas majlis perasmian Larian Warisan 110 anjuran Jabatan Kimia Malaysia di Padang Kota Lama di sini.
Timbalan Menteri itu berkata proses pembenihan awan di Sarawak pada Khamis lalu telah berjaya mengurangkan bacaan IPU di negeri itu.
Sarawak adalah negeri pertama yang terjejas akibat
jerebu yang didakwa berpunca daripada pembakaran terbuka hutan dan ladang di
Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
TIADA PENINGKATAN LUAR BIASA PENYAKIT AKIBAT JEREBU
Di BUTTERWORTH, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, tiada sebarang peningkatan luar biasa bagi penyakit yang berpunca daripada gejala jerebu direkodkan.
Katanya, Kementerian Kesihatan kini giat memantau penyakit berkaitan yang mudah dialami akibat kesan jerebu seperti asma, sakit mata dan jangkitan penafasan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia memantau penyakit bersabitan dengan gejala akibat jerebu di klinik-klinik terpilih. Kita mula memantau sejak minggu ke-33 sehingga berlakunya episod jerebu di negara ini pada 5 Sept lalu.
“Sehingga kini sudah empat minggu pemantauan dijalankan. Setakat ini data kajian yang diperolehi penyakit yang disebabkan oleh jerebu ini menunjukkan tidak ada kehadiran (pesakit) dalam jumlah yang luar biasa,” katanya diminta mengulas mengenai fenomena jerebu yang melanda negara sejak awal bulan ini.
Malaysia sebelum ini menawarkan bantuan kepada
Indonesia untuk memadamkan kebakaran di negara jiran itu, namun sehingga kini
belum menerima maklum balas.
Jerebu rentas sempadan adalah masalah tahunan yang dihadapi di wilayah ini, bagaimanapun negara terbabit belum menemui penyelesaian terbaik. – BERNAMA/AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager