Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pembuangan sisa kimia dikesan di Sungai Klang

DALAM NEGARA

Pembuangan sisa kimia dikesan di Sungai Klang

Sungai Klang – Foto sumber internet

SHAH ALAM, 15 Mac – Pembuangan sisa-sisa disyaki bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab dikesan berlaku di Sungai Klang hari ini.

Laporan Bernama yang dipetik Sinar Harian menyebutkan Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Datuk Hashim Osman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 petang tadi.

“Pihak kami telah ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti bahan kimia tersebut, dan mengambil tindakan pencegahan pencemaran.

“Setakat ini maklumat yang kami peroleh bahan kimia itu dipercayai dibuang ke dalam longkang dan mula mengalir ke dalam Sungai Klang,” katanya ketika dihubungi.

Hashim berkata siasatan juga sedang dijalankan berhubung keluasan kawasan pencemaran dan akan memaklumkan perkembangan terkini apabila memperoleh maklumat lengkap.

Terdahulu, LUAS memuat naik maklumat dan gambar mengenai pembuangan sisa disyaki bahan kimia tersebut di laman sosial Facebook miliknya petang tadi.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading