KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta akan dibuka sepenuhnya pada Oktober depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata para pelajar dipohon untuk membuat persediaan yang diperlukan mulai dari sekarang.
“KPT berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan pada Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu Noraini berkata kerajaan bersetuju untuk menambah empat lagi kategori pelajar yang dibenarkan untuk kembali ke kampus bermula Julai 2020.
“Kumpulan ini merupakan tambahan kepada lima kategori pelajar yang telah diberi kebenaran sebelum ini. Empat kategori pelajar yang dimaksudkan itu adalah pelajar tempatan di IPT swasta sebanyak 30 peratus seperti yang dimohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta.
“Seterusnya pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat universiti awam dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus, serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan badan profesional,” katanya.
Kategori ketiga pula katanya ialah pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat universiti awam yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan yang tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
Manakala kategori keempat pula pelajar antarabangsa dari kedua-dua universiti awam dan swasta termasuklah pelajar baharu.
Katanya IPT diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah pembelajaran yang bersesuaian termasuklah meneruskan PdP secara dalam talian kepada pelajar-pelajar yang terlibat mengikut keperluan program masing-masing.
“Sekali lagi saya ulangi, keputusan kerajaan membenarkan pembukaan semula IPT mulai Julai sehingga pembukaan sepenuhnya pada Oktober 2020, dibuat atas keprihatinan kerajaan dalam memastikan pengajian para pelajar IPT tidak terjejas.
“Sebagai aset penting dalam memastikan kelangsungan dan kegemilangan negara pada masa hadapan, aspek pendidikan dan kesejahteraan pelajar-pelajar IPT sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Pengajian Tinggi. Justeru saya berharap keputusan ini dapat diterima baik oleh semua pihak,” katanya –AlHijrah Online / Zaim Zamani
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked