Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIADA PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN TAHUN INI

DALAM NEGARA

TIADA PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN TAHUN INI

GAMBAR OLEH : JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Acara perbarisan tahunan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia berkemungkinan besar tidak dianjurkan tahun ini kerana akan melibatkan jumlah individu yang ramai.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini kebenaran tidak diberikan kepada acara yang melibatkan jumlah kehadiran yang besar.

“Perbarisan tidak ada sebab kalau kita lihat perbarisan perhimpunan besar.  Saya rasa ribuan dan kedua penjarakan sosial tidak ada sewaktu perbarisan.

“Bukan hanya peserta, mereka yang hadir ke perhimpunan pun tiada (penjarakan sosial). Kalau kenamaan mungkin senang kawal tapi orang ramai yang datang sukar untuk dikawal,” kata Ismail Sabri pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya jika ada sebarang perubahan berhubung kebenaran tersebut ia akan diumumkan kelak.

Tambahnya,  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah akan turut mengumumkan jika ada sebarang bentuk sambutan yang tidak melibatkan himpunan orang ramai. – AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading