Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikenali sebagai seorang pemimpin yang gemar membuat keputusan mengikut gerak hati dan sering kali tindakan itu tidak bersandarkan analisis mendalam atau dalam bahasa mudah dilakukan secara semberono.
Adalah amat merbahaya bagi negara kuasa besar seperti AS mempunyai pemimpin semberono ala Trump kerana kesannya melampaui sempadan AS dan menjangkaui senario global.
Memang tidak dapat dinafikan sebahagian besar rakyat Amerika tidak akan meratapi kematian Qasem Soleimani kerana beliau antara musuh utama AS melalui kepimpinannya dalam Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam Iran (IGRC) yang dikategorikan sebagai organisasi pengganas oleh AS dan negara Eropah.
Tetapi apa yang lebih kritikal ialah Soleimani melalui Quds juga dikatakan mempunyai pengaruh terhadap kumpulan militan seperti Hezbollah di Lebanon, Hamas dan Jihad Islam Palestin di Gaza dan Tebing Barat, Houthi di Yemen dan kumpulan militan Syiah di Iraq.
Tidak syak
lagi Soleimani adalah seorang pegawai tentera Iran yang amat berpengaruh dan
tidak keterlaluan dianggap sebagai individu kedua paling berpengaruh di Iran
selepas pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Mengapa dikatakan
pengaruh Soleimani melampaui Presiden Iran, Hassan Rouhani adalah kerana
melalui Quds, Soleimani mempunyai kuasa untuk mewarnai geopolitik rantau global.
Tetapi menjadi kemusykilan mengapakah reaksi pemimpin dunia lain terhadap pembunuhan Soleimani amat jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan peristiwa pembunuhan pemimpin Daesh, Abu Bakar Baghdadi atau Osama Bin Laden.
Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melalui Setiausaha Agungnya, Jens Stoltenberg
menegaskan operasi pembunuhan itu, tiada kena mengena dengan organisasi NATO
kerana ia merupakan operasi ketenteraan AS semata-mata.
Perdana
Menteri Britain, Boris Johnson pula menegaskan kematian Soleimani tidak akan
diratapi tetapi pada masa sama menasihati semua pihak supaya bertenang dan
kenyataan Johnson itu senada dengan Presiden Perancil, Emmanuel Macron dan Canselor
Jerman, Angela Merkel.
Perlu ditegaskan juga ialah Johnson, Macron dan Merkel tidak menyatakan sokongan terbuka terhadap tindakan Trump. Satu senario yang dianggap begitu janggal sekali dalam dunia diplomasi antarabangsa.
Malah lebih
mengejutkan sekutu kuat AS iaitu Israel yang di atas kertas mendapat manfaat
dari ketiadaan Soleimani, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan Israel juga
tiada kena mengena dengan operasi pembunuhan Soleimani.
Dalam masa
48 jam selepas operasi dron dilancarkan untuk membunuh Soleimani, Setiausaha
Negara AS, Mike Pompeo bekerja lebih masa sama ada untuk memujuk atau memaksa
pemimpin negara sekutu AS supaya mengeluarkan kenyataan berbentuk sokongan
kepada Trump, tetapi nampak gayanya semua empat pemimpin sekutu kuat AS seolah-olah
tidak mahu dikaitkan dengan tindakan Trump.
Kemungkinan
ini adalah kerana Soleimani adalah sebahagian dari kepimpinan kerajaan Iran dan
sudah pasti negara lain tidak mahu dituduh bersubahat dengan AS dalam operasi
membunuh pemimpin negara berdaulat.
Jika
pembunuhan Soleimani itu disokong, maka ini membawa maksud pembunuhan yang
menyasarkan pemimpin negara lain yang dianggap musuh seperti Korea Utara,
Palestin atau Syria umpamanya boleh dibenarkan juga.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika memberi reaksi pembunuhan Soleimani, menegaskan beliau juga merasa tidak selamat kerana tindakan ala Trump itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemimpin dunia.
Sebab itu
juga pemimpin tertinggi NATO, Britain, Perancis dan Jerman cuba menjauhkan diri
dengan tindakan Trump kerana memberi sokongan sudah pasti akan membawa keadaan
tidak ketentuan dunia yang mana sebuah negara boleh menghapuskan pemimpin
negara lain.
Soleimani juga bukan seperti Abu Bakar Baghdadi atau Osama Bin Laden yang tiada kaitan dengan sebuah negara berdaulat. Itu juga menjelaskan kenapa Netanyahu menjauhkan diri dari tindakan Trump walaupun apa yang dilakukan oleh Trump menjadi amalan lazim Israel, terutama sekali terhadap Palestin dan Syria.
Israel
bukannya bersih dan suci dari pembunuhan sasaran, terutama sekali kepimpinan
Palestin tetapi ke atas pemimpin negara yang mampu bertindak balas seperti
Iran, seboleh-bolehnya negara Yahudi itu mahu mengelak konfrantasi secara
langsung.
Kini pentadbiran Trump terkial-kial mencari dalil pembunuhan Soleimani apabila negara sekutu lain cuba menjauhkan diri kerana tidak mahu dituduh bersengkongkol dengan Trump.
Dunia
sedang menanti apakah tindakan Iran selanjutnya dan tidak keterlaluan jika
diandaikan tindakan balas adalah sudah amat pasti cuma tidak diketahui bila dan
apakah sasaran pilihan Iran.
Dunia menanti tindakan Iran dengan penuh debar seolah-olah memberi gambaran masyarakat antarabangsa memahami mengapa Iran perlu bertindak balas. Ditambah pula apabila pemimpin global lain cuba menjauhkan diri dengan tindakan AS, maka sudah agak pasti Trump merasa bersendirian akibat tindakan semberononya yang bukan sahaja mengancam kepentingan AS tetapi juga seluruh dunia. – AlHijrah Online
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked