Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMIMPIN BN, PN ADAKAN PERTEMUAN DI IBU NEGARA?

DALAM NEGARA

PEMIMPIN BN, PN ADAKAN PERTEMUAN DI IBU NEGARA?

Kelihatan menyusul tiba di hotel berkenaan secara berasingan adalah Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan pada 3.04 petang, manakala Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee pula dilihat datang dengan sebuah kenderaan pada pukul 3.15 petang.

KUALA LUMPUR: “Tidak tahu lagi” itu reaksi ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diajukan tujuan kehadirannya di sebuah hotel di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tiba di hotel berkenaan sebelum 3 petang, dipercayai ada kaitan pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Kelihatan menyusul tiba di hotel berkenaan secara berasingan adalah Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan pada 3.04 petang, manakala Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee pula dilihat datang dengan sebuah kenderaan pada pukul 3.15 petang.

Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau tiba di hotel berkenaan pada 2.40 petang.

Kebuntuan berhubung pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 berlarutan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 Nov apabila tiada parti atau gabungan parti politik  yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi.

Keputusan PRU-15 menyaksikan BN memperoleh 30 kerusi, Pakatan Harapan (82), PN (73), GPS (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading