PENANTIAN LAPAN TAHUN DAPATKAN SIJIL WARGANEGARA ANAK ANGKAT BERAKHIR
Perjuangan dan penantian selama lapan tahun Khadijah Padzli, 64, untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan anak angkatnya Muhammad Shaffiq Izudin Aziz Abdul Rahim, 10, akhirnya membuahkan hasil apabila permohonan untuk mendapatkan dokumen itu diluluskan.
MELAKA: Perjuangan dan penantian selama lapan tahun Khadijah Padzli, 64, untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan anak angkatnya Muhammad Shaffiq Izudin Aziz Abdul Rahim, 10, akhirnya membuahkan hasil apabila permohonan untuk mendapatkan dokumen itu diluluskan.
Khadijah yang berasal dari Kampung Tengah di Klebang Besar di sini berkata dia dan arwah suami, Abdul Aziz Hashim telah menjaga Muhammad Shaffiq Izudin Aziz sejak kanak-kanak itu berusia dua tahun dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan itu.
“Mak cik sangat bersyukur apabila dimaklumkan permohonan mendapatkan sijil kewarganegaraan buat Muhammad Shaffiq Izudin Aziz akhirnya diluluskan.
“Walaupun mengambil masa agak lama, kita faham kerana banyak prosedur yang perlu dilalui kerana melibatkan banyak proses undang-undang lebih-lebih lagi jika bukan warganegara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Temu Seru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka di sini hari ini.
Pada program itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Ban Hong menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada Muhammad Shaffiq Izudin Aziz yang turut dihadiri Pengarah JPN Melaka Norazlee Sulaiman.
Khadijah berkata sijil kewarganegaraan itu penting kerana tanpa dokumen berkenaan, akan menyukarkan Muhammad Shaffiq Izudin Aziz untuk membuat permohonan MyKid selain menjejaskan urusan persekolahan dan kemudahan kesihatan.
“Tanpa sijil kewarganegaraan, banyak perkara tidak dapat dilakukan. Sebelum ini saya hendak bawa dia menunaikan umrah juga tidak dapat tetapi saya berharap impian ini dapat dimakbul Allah selepas ini.
“Walaupun dia anak angkat tapi saya telah anggapnya macam anak sendiri dan kasih sayang terhadapnya tidak pernah berbelah bahagi dengan seorang lagi anak saya yang telah berusia 32 tahun. Saya ingin dia mendapat penjagaan dan pendidikan yang sempurna,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk JPN dan Lim kerana membantu memudahkan urusan permohonan berkenaan.
Sementara itu, Muhammad Shaffiq Izudin Aziz berkata dia berasa gembira mendapat sijil kewarganegaraan berkenaan kerana sebelum ini gagal menyediakan dokumen itu apabila diminta pihak sekolah.
“Selalu, apabila cikgu minta surat beranak atau MyKid, saya hanya boleh jawab belum dapat sahaja. Setiap hari saya berdoa kepada Allah supaya dimakbulkan doa untuk mendapat dokumen ini,” katanya.
Dalam pada itu, Norazlee berkata JPN Melaka sentiasa terbuka memberikan khidmat nasihat, runding cara dan bantuan kepada mana-mana individu yang mempunyai masalah khususnya berkaitan pengurusan rekod peribadi seperti sijil lahir, MyKad, MyKid atau urusan kewarganegaraan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests