Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENCERAMAH BEBAS TERLIBAT KES ROGOL DISIASAT POLIS KL

DALAM NEGARA

PENCERAMAH BEBAS TERLIBAT KES ROGOL DISIASAT POLIS KL

Penceramah bebas disyaki terlibat kes rogol seorang remaja perempuan akan direman sehingga minggu depan bagi membolehkan polis Kuala Lumpur menyiasat kes melibatkan suspek tersebut.

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas disyaki terlibat kes rogol seorang remaja perempuan akan direman sehingga minggu depan bagi membolehkan polis Kuala Lumpur menyiasat kes melibatkan suspek tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menerima suspek terlibat daripada polis Selangor hari ini.

“Suspek mungkin direman sehingga minggu depan untuk membantu siasatan sebelum dituduh di mahkamah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Semalam media melaporkan penceramah tersebut akan diserah ke polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi tindakan lanjut selepas tempoh reman lima hari terhadap suspek berusia 30an itu tamat.

Media sebelum ini melaporkan seorang penceramah bebas popular ditahan pada Isnin lalu selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Isnin lalu, polis menahan seorang penceramah bebas di Kuala Selangor kerana disyaki terlibat kes rogol seorang remaja perempuan. 

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading