PENDAKWAH PERLU PASTIKAN SUMBER DISAMPAIKAN SAHIH, BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH
Golongan penceramah atau pendakwah di negara ini dinasihatkan supaya memastikan isi kandungan dakwah yang disampaikan kepada masyarakat adalah berdasarkan sumber yang tepat dan sahih berlandaskan al-Quran dan sunnah.
SEREMBAN: Golongan penceramah atau pendakwah di negara ini dinasihatkan supaya memastikan isi kandungan dakwah yang disampaikan kepada masyarakat adalah berdasarkan sumber yang tepat dan sahih berlandaskan al-Quran dan sunnah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan masyarakat terhadap sesuatu isu.
“Kita nampak niat mereka ini untuk menarik orang ramai untuk beribadah, namun kebaikan hanya boleh disampaikan menerusi kebenaran, bukan dengan maklumat yang tidak tepat dan palsu. Jadi saya harap pendakwah, sampaikan kebaikan dengan sumber sahih.
“Kita ingin pastikan kualiti dan penyampaian itu mestilah berpandukan kepada sesuatu yang mempunyai sumber diterima Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan disiplin ilmu itu sendiri,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program Qurban Bersama Komuniti Aidiladha di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan seorang pendakwah yang didakwa menggunakan hadis tanpa sumber ketika mengacarakan sebuah program televisyen baru-baru ini.
Zulkifli berkata pihaknya sentiasa mengadakan pendekatan harmoni dengan mengadakan sesi perbincangan dan libat urus selain memberikan nasihat kepada golongan guru agama (asatizah) dan pendakwah berhubung sesuatu perkara.
Dalam pada itu, beliau berkata program hari ini merupakan aktiviti komuniti yang perlu diteruskan agar dapat merapatkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.
“Alhamdulillah, kita korban tujuh ekor lembu di sini, sangat penting kerana dalam era digital ini, kebanyakan kita menumpukan pada peranti (gadget), jadi aktiviti gotong-royong seperti ini dapat bertemu secara bersemuka,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests