PENDEDAHAN PENGURUSAN DANA MASJID YANG JELAS PENTING ELAK PENYELEWENGAN – SPRM
“Menerusi Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah, kita akan beri penerangan dan penjelasan kepada ahli jawatankuasa masjid tentang kesalahan rasuah dan aspek pencegahan rasuah lain yang perlu diberi penekanan dalam menguruskan dana masjid,”
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor (dua, kanan) pada Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah hari ini. Program berkenaan memberi pendedahan kepada masyarakat Islam khususnya ahli jawatankuasa masjid tentang kepentingan pengurusan dana masjid yang telus dan sistematik dalam usaha memerangi penyelewengan atau pecah amanah. –fotoBERNAMA
MELAKA: Pendedahan yang jelas tentang pengurusan dana masjid dalam kalangan ahli jawatankuasa institusi itu penting dalam usaha memastikan tidak berlaku ketirisan atau penyelewengan sehingga menjejaskan kepercayaan awam serta kredibiliti masjid sebagai satu daripada platform penyaluran dana.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor berkata justeru, pihaknya akan memperluaskan penganjuran Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai khususnya ahli jawatankuasa masjid terhadap pengurusan dana.
Beliau berkata secara umumnya kebanyakan kes penyelewengan adalah merupakan jenayah pecah amanah dan merupakan satu kesalahan yang amat serius serta memberi impak yang besar kepada masyarakat sekiranya ia tidak diperangi di peringkat awal.
“Kita banyak menerima rungutan dan aduan daripada masyarakat yang melahirkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan mereka terhadap pengurusan dana masjid dan perkara inilah yang perlu kita elakkan.
“Menerusi Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah, kita akan beri penerangan dan penjelasan kepada ahli jawatankuasa masjid tentang kesalahan rasuah dan aspek pencegahan rasuah lain yang perlu diberi penekanan dalam menguruskan dana masjid,” katanya kepada pemberita selepas Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah di Surau Al-Mughni di Kampung Tersusun, Bukit Larang di sini hari ini.
Program anjuran SPRM dengan kerjsama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Surau Al-Mughni itu turut dihadiri Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat.
Razim berkata menerusi program kesedaran itu juga, ahli jawatankuasa masjid dapat memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) dalam aspek pengurusan dana masjid yang didapati longgar dan seterusnya menyebabkan berlakunya salah guna kuasa serta ketirisan dana orang ramai.
“Sebagai contoh ialah pelaksanaan sesuatu projek yang menggunakan dana masjid perlu mengikut prosedur dan proses yang telus kerana kita tidak mahu projek-projek ini hanya akan diperoleh dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid itu sendiri.
“Perkara ini akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat atau ahli kariah sekali gus menyebabkan mereka hilang kepercayaan pada ahli jawatankuasa masjid berkenaan dan dibimbangi mereka menjauhkan diri daripada institusi agama tersebut,” katanya.
Mengulas tentang Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah, beliau berkata ia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama agensi agama dan masjid atau surau di seluruh negara, namun tidak menetapkan sasaran khusus tetapi bersedia melaksanakannya pada sebarang masa mengikut kesediaan daripada rakan strategik SPRM yang lain.
Sementara itu, Pengerusi Surau Al-Mughni Mohd Noor Siden berkata Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah merupakan satu pendekatan yang sangat baik khususnya dalam pengurusan dana masjid sekali gus mengingatkan ahli jawatankuasa masjid agar telus dan berhati-hati dalam membelanjakan dana yang diperoleh.
“Selalunya bila kita dengar SPRM, kita hanya ingat tangkap orang yang guna kuasa, rasuah…tetapi kali ini mereka turun padang bersama masyarakat untuk memberi ilmu atau pendidikan berkaitan kesalahan rasuah dan akta berkaitan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked