Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA ISU BERBANGKIT JEMAAH TIDAK DIBENAR BAWA PULANG AIR ZAMZAM – AHMAD MARZUK

UTAMA

TIADA ISU BERBANGKIT JEMAAH TIDAK DIBENAR BAWA PULANG AIR ZAMZAM – AHMAD MARZUK

“Memang jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam melalui bagasi tetapi ada agensi yang mengendalikannya dan TH akan menguruskan bagi pihak jemaah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary menjawab pertanyaan media selepas menziarah dan menyampaikan sumbangan terhadap mangsa kebakaran di Kampung Kedai Buluh Hilir hari ini. — fotoBERNAMA

KOTA BHARU: Tiada isu berbangkit mengenai jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam kerana ada agensi tertentu atau Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan menguruskannya bagi pihak jemaah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata memang terdapat kaedah tertentu supaya air zamzam sampai ke negara ini dengan cara lebih selamat dengan kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi.

“Memang jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam melalui bagasi tetapi ada agensi yang mengendalikannya dan TH akan menguruskan bagi pihak jemaah.

“Jemaah akan mendapatkan air zamzam tersebut sebaik tiba di tanah air. Jadi, tidak timbul isu mengenai perkara ini (tidak dibenar bawa pulang),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 11 mangsa ribut dan kebakaran di Mukim Siti Manis, Kijang di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan wujudnya penipuan dalam badal haji, Ahmad Marzuk berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Beliau berkata jika seseorang itu mahu menggunakan khidmat badal haji, mereka perlu memilih ‘wakil’ yang benar-benar tulen supaya tidak ditipu.

“Dalam soal menggunakan wakil ini, kita perlu membuat penelitian. Sekiranya harga dikenakan begitu murah… agak tidak munasabah melainkan individu itu melakukannya secara sukarela.

“Cara terbaik bagi orang yang berhasrat menggunakan badal haji, kos itu sepatutnya disesuaikan dengan nilai perbelanjaan bagi orang yang hendak diwakilkan mengerjakan ibadah haji tersebut,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading