Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDEKATAN UNIK, TAYYIB RANCH BERI PELUANG PEMBELI PILIH DAN JAGA HAIWAN KORBAN SEHINGGA HARI PENYEMBELIHAN

DALAM NEGARA

PENDEKATAN UNIK, TAYYIB RANCH BERI PELUANG PEMBELI PILIH DAN JAGA HAIWAN KORBAN SEHINGGA HARI PENYEMBELIHAN

Pengalaman memilih dan menjaga sendiri lembu korban mampu memberikan satu kepuasan berbeza kepada pembeli di samping dapat melihat sendiri tahap penjagaan kebersihan kandang serta perkhidmatan Tayyib Ranch.

SHAH ALAM: Syarikat Agrotani bumiputera, Tayyib Ranch menampilkan kelainan apabila para pembeli berpeluang memilih sendiri haiwan korban dan menjaga haiwan itu sehingga hari penyembelihan.

Pengalaman memilih dan menjaga sendiri lembu korban mampu memberikan satu kepuasan berbeza kepada pembeli di samping dapat melihat sendiri tahap penjagaan kebersihan kandang serta perkhidmatan Tayyib Ranch.

Menurut Pengurus Projek Tayyib Ranch, Wan Abdul Hakim, inisiatif itu turut membina keyakinan terhadap aspek kebersihan dan kesihatan haiwan korban, selain memberi pengalaman baharu kepada para pembeli.

Para pembeli juga berhak memilih sama ada mahu membawa pulang haiwan tersebut untuk dikorbankan di lokasi lain atau melakukan korban di Karnival Qurban 2025 di Shah Alam.

Pembeli, Aizam Ismail yang ditemui Berita Alhijrah di karnival Shah Alam berkata sebagai pembeli, lebih mudah untuk melihat sendiri sama ada lembu yang dipilih itu dijaga dengan baik atau tidak, baik dari segi kebersihan, kesihatan dan nutrisi.

“Ia memudahkan saya melihat sendiri keadaan lembunya kerana jarak yang berdekatan dengan rumahnya dan sebagai pembeli, penting untuk saya melihat keadaan kesihatan lembu dan cara penjagaannya.”

Sementara itu, pembeli luar, Md Mynul Hossen Uzzal berkata Tayyob Ranch melakukan sesuatu yang amat cemerlang kerana cara mereka menjaga haiwan-haiwan tersebut dengan sangat mengagumkan.

“Mereka melakukan sesuatu yang luar biasa dan amat cemerlang kerana bukan mudah untuk menjaga haiwan dengan bilangan yang banyak. Mereka antara peladang terbaik di Malaysia,” katanya.

Selain ibadah korban, Tayyib Ranch turut menganjurkan ceramah perdana bermula 30 Mei sehingga 6 Jun pada jam 8.30 malam, menampilkan barisan pendakwah yang membicarakan tentang ibadah korban.

Para pengunjung juga dijemput hadir memeriahkan Karnival Korban Tayyib Ranch pada 7 dan 8 Jun ini sempena sambutan Aidiladha yang menawarkan pelbagai aktiviti komuniti yang menarik.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading