Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK KELAR ISTERI MERAUNG, LAUNG TAKBIR KETIKA PROSEDUR REMAN

DALAM NEGARA

SUSPEK KELAR ISTERI MERAUNG, LAUNG TAKBIR KETIKA PROSEDUR REMAN

Perintah reman terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Kiat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 320 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Penganggur yang disyaki mengelar seorang wanita dipercayai isterinya di Bukit Gambir, Isnin lepas, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Kiat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 320 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. –fotoBERNAMA

TANGKAK: Penganggur yang disyaki mengelar seorang wanita dipercayai isterinya di Bukit Gambir, Isnin lepas, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Kiat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 320 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tangkak kira-kira 8.25 pagi, sambil dikawal ketat oleh empat pegawai dan anggota polis.

Suspek kelihatan tersenyum sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah untuk prosedur reman.

Ketika prosedur reman dijalankan, kedengaran suspek meraung sambil melafazkan beberapa kalimah suci serta melaungkan takbir yang turut didengari oleh sekumpulan media yang bertugas di luar mahkamah.

Semalam, Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib mengesahkan telah menahan seorang lelaki kerana disyaki mengelar isterinya dalam kejadian di Bukit Gambir. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading