Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAMPUNAN NAJIB: TUNGGU KENYATAAN RASMI LEMBAGA PENGAMPUNAN, ELAK BERITA BERDASARKAN SUMBER – FAHMI

DALAM NEGARA

PENGAMPUNAN NAJIB: TUNGGU KENYATAAN RASMI LEMBAGA PENGAMPUNAN, ELAK BERITA BERDASARKAN SUMBER – FAHMI

Pengamal media diminta menantikan kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan tidak menghasilkan berita berdasarkan sumber semata-mata, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Pengamal media diminta menantikan kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan tidak menghasilkan berita berdasarkan sumber semata-mata, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Merujuk kepada laporan sebuah portal yang memetik sumber mengatakan bahawa Najib telah mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata adalah penting bagi pengamal media memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum berita itu diterbitkan.

Beliau berkata dalam isu-isu besar, adalah penting untuk memastikan kesahihan maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi apabila memilih untuk melaporkan berita berdasarkan sumber.

“Saya juga semak dengan StratComm Kabinet dan YB Azalina (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said).. kita kena tunggu (kenyataan) Lembaga Pengampunan,” katanya ketika berucap pada Perhimpuan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 1/2024 di sini hari ini.

Semakan mendapati portal berkenaan telah menarik balik berita mengenai pengampunan Najib atas alasan fakta yang tidak dapat disahkan dan turut memohon maaf kepada pembaca.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading