Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGGUR MENGAKU SALAH BAKAR LORI TUNDA MBJB, HUKUMAN DITETAPKAN ESOK

DALAM NEGARA

PENGANGGUR MENGAKU SALAH BAKAR LORI TUNDA MBJB, HUKUMAN DITETAPKAN ESOK

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membakar sebuah lori tunda milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menggunakan petrol di depoh simpanan kenderaan, Johor Bahru Waterfront pada 15 Ogos.

Sumber: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membakar sebuah lori tunda milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menggunakan petrol di depoh simpanan kenderaan, Johor Bahru Waterfront pada 15 Ogos.

Wan Muhammad Nasrul W Ahmad, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan  terhadapnya di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Bagaimanapun, Thalha menetapkan esok sebagai tarikh keputusan hukuman dan penyerahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api iaitu petrol dengan niat untuk mengakibatkan kebinasaan dengan membakar sebuah lori tunda MBJB hingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM24,000.

Wan Muhammad Nasrul didakwa melakukan perbuatan itu di depoh simpanan kenderaan, Lot 1 Johor Bahru Waterfront pada 15 Ogos, kira-kira pukul 11.07 pagi dan dituduh di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 14 tahun dan dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R Navina dan Siti Fatimah Mamu tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan keputusan kes akan ditetapkan esok.

Bagaimanapun Talha membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading