KUALA KETIL: Pengiktirafan oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) yang diterima Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) menjadi bukti universiti itu berkualiti setaraf institusi pendidikan tinggi (IPT) lain.
UniSHAMS menerima pengiktirafan ACCA melalui satu program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian yang ditawarkan di bawah Kulliyyah Muamalat dan Sains Pengurusan.
Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata pengiktirafan ini diharap dapat membuka mata banyak pihak untuk menjadikan UniSHAMS sebagai destinasi pilihan pengajian peringkat tinggi.
“Terima kasih dari pihak universiti kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Akreditasi ACCA untuk program ini menjadi bukti kualiti sebuah institusi pengajian tinggi yang telah berkembang maju selaras dengan usianya yang telah mencecah 25 tahun.
“Kita tahu ACCA ini ada banyak kelebihan, selain sijil profesional yang diiktiraf peringkat dunia, kita juga boleh mempercepatkan masa kerana beberapa subjek yang dipelajari peringkat sarjana muda mendapat pelepasan, malah ia juga memiliki kelebihan dalam pasaran kerja. Kami sememangnya mengalu-alukan bakal pelajar yang berminat untuk menyertai kami di Kulliyyah Muamalat dan Sains Pengurusan,” katanya.
Tambah beliau sebagai IPT milik penuh kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang menyambut jubli perak kewujudannya pada tahun ini, UniSHAMS sudah cukup matang dan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat tinggi kepada semua yang berminat.
Universiti itu kini menawarkan 42 program menarik pelbagai bidang dan peringkat pengajian di dalam bidang seperti Pengajian Islam, Syariah & Undang-Undang, Usuluddin, Bahasa Arab, Muamalat, Pengurusan, Kewangan & Perbankan Islam, dan Pentadbiran Perniagaan.
Selain itu turut ditawarkan program Teknologi Maklumat, Perhotelan, Pelancongan, Kulinari, Seni Kreatif, Kreatif Multimedia, Kaunseling dan Perubatan, bermula dari peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Pengambilan terakhir UniSHAMS untuk tahun ini ialah pada 5 Disember 2021 dengan beberapa insentif telah diberikan oleh pihak universiti dalam usaha membantu meringankan beban para pemohon.
Antara yang dilaksanakan ialah rebat yuran pendaftaran RM 100, minima yuran pendahuluan pendaftaran serendah RM 100, dan Biasiswa UniSHAMS kepada pelajar peringkat asasi.
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi dan Matrikulasi atau mereka yang berkelayakan sehingga program pascasiswazah dan berminat untuk memohon boleh terus ke laman sesawang www.unishams.edu.my atau menghubungi perunding akademik di talian 04-4155054 atau hantar mesej di aplikasi Whatsapp bernombor 018-9296150. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked