Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INDIVIDU DAKWA ADIK DIBULI DI KEM TENTERA DIMINTA TAMPIL – MENTERI PERTAHANAN

DALAM NEGARA

INDIVIDU DAKWA ADIK DIBULI DI KEM TENTERA DIMINTA TAMPIL – MENTERI PERTAHANAN

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta individu yang mendakwa adiknya dibuli di kem tentera segera menghubungi pihaknya bagi menyalurkan maklumat.

Menerusi ciapan di Twitternya, Hishammuddin turut meminta individu tersebut memberikan butiran lebih terperinci kepada kementeriannya dengan segera.

Katanya, timbalannya juga telah diarah untuk meneliti perkara tersebut secara peribadi.

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, tular tangkap layar gambar mesej seorang individu mendakwa adiknya seorang anggota tentera yang tinggal di kem dibuli sekumpulan 12 hingga 14 orang askar senior.

Individu tersebut mendakwa adiknya dipukul setiap hari selain terpaksa membelanjakan duit gaji serta simpanan untuk membeli barangan keperluan harian kumpulan senior terbabit.

Maklum individu itu, pihaknya juga takut untuk membuat aduan kepada pihak kem kerana bimbang berlaku kes buli yang lebih teruk.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading