PENGUMUMAN AGIHAN DIVIDEN TH TAHUN INI DIJANGKA LEWAT
Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2022 dijangka sedikit lewat berbanding tahun lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.
KUALA LUMPUR: Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2022 dijangka sedikit lewat berbanding tahun lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia berikutan agihan dividen hanya boleh dibuat selepas audit bersih dilaksanakan.
“Insya-Allah dalam masa terdekat… ia agak lewat sedikit kerana laporan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) memerlukan TH untuk mengumumkan agihan dividen setelah audit bersih dibuat.
“Jadi ia mengambil sedikit masa untuk membuat pengumuman tarikh (agihan dividen) berbanding tahun lepas,” katanya sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) di Dewan Negara hari ini.
Ia bagi menjawab celahan Senator Mohd Apandi Mohamad yang ingin mengetahui tarikh pengumuman dividen TH pada tahun ini.
Pada tahun lalu, pengumuman berhubung perkara itu dilakukan pada 24 Feb 2022.
Sementara itu Mohd Na’im berkata kerajaan sangat komited dan optimis dalam melahirkan huffaz yang berkualiti dengan merangka pelbagai strategi selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dilancarkan pada 2018.
Menurutnya berdasarkan data Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, rekod sehingga Februari 2023 mencatatkan seramai 10,675 huffaz berjaya dilahirkan dengan 2,102 orang daripadanya merupakan huffaz profesional daripada lapan buah institusi pengajian tinggi.
“Kerajaan juga telah membina pelan tindakan DPTN yang mengandungi 20 strategi dan 32 inisiatif yang berpandukan kepada lima teras antaranya memantapkan undang-undang dan penguatkuasaan; mewujudkan model insitusi tahfiz serta mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz yang sesuai dengan pendidikan arus perdana,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager