Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGUSAHA PERKHIDMATAN JUADAH RAMADAN PERLU DAPATKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA

DALAM NEGARA

PENGUSAHA PERKHIDMATAN JUADAH RAMADAN PERLU DAPATKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA

Saranan tersebut boleh dibuat lebih awal agar pengusaha atau peniaga tidak berdepan sebarang masalah seandainya berhasrat menyediakan perkhidmatan bufet Ramadan.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Peniaga yang menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang, disarankan untuk memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, saranan tersebut boleh dibuat lebih awal agar pengusaha atau peniaga tidak berdepan sebarang masalah seandainya berhasrat menyediakan perkhidmatan bufet Ramadan.

Katanya lagi, pihak yang membuat pengiklanan juadah sempena Ramadan bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Seperti kelaziman, setiap kali bulan Ramadan, banyak pengusaha perniagaan makanan seperti hotel, restoran dan seumpamanya akan mempromosikan juadah berbuka puasa atau bufet Ramadan.

“Mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti bufet Ramadan, iftar Ramadan, set Ramadan dan seumpamanya bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah, merupakan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, pengusaha yang masih belum mempunyai SPHM dinasihatkan untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau Jabatan mahupun Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Katanya, JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha-pengusaha bagi mendapatkan SPHM.

“Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau emel kepada pr_halal@islam.gov.my,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading