Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENIAGA NASI ARAB BERPUTIH MATA, WANG SIMPANAN LEBIH RM100,000 HANGUS RESTORAN TERBAKAR

DALAM NEGARA

PENIAGA NASI ARAB BERPUTIH MATA, WANG SIMPANAN LEBIH RM100,000 HANGUS RESTORAN TERBAKAR

KUALA NERUS: Seorang peniaga Nasi Arab yang juga warga Yaman terpaksa berputih mata wang simpanan lebih RM100,000 hangus selepas restorannya musnah dijilat api.

Kejadian kira-kira 9.50 malam tadi itu berlaku di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu turut melibatkan tiga lagi rumah kedai dua tingkat separuh kekal yang turut terbakar seratus peratus.

Mangsa yang juga pemilik restoran, Muhammad Abdulateh, 26, berkata wang simpanan berjumlah lebih RM100,000 itu disimpan ditingkat atas restoran yang juga tempat tinggal dia dan keluarga.

Ketika kejadian malang itu, dia bersama isteri dan anaknya keluar untuk makan malam sebelum dimaklumkan berkenaan insiden oleh pekerjanya.

Dia kemudian bergegas pulang namun gagal menyelamatkan apa-apa barangan kerana api merebak dengan cepat.

Ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan dan enam orang pekerja sedang berada di restoran tersebut, namun semuanya berjaya menyelamatkan diri.

Enam pekerja yang tinggal di salah satu bangunan yang terbakar turut tinggal sehelai sepinggang.

Seramai 22 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dan Kuala Terengganu berserta tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Punca kebakaran dan nilai keseluruhan kerugian sedang dalam siasatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading