Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENJENAMAAN TH: KOS PERUNDING RM5.9 JUTA UNTUK TIGA TAHUN, BUKAN RM20 JUTA – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

PENJENAMAAN TH: KOS PERUNDING RM5.9 JUTA UNTUK TIGA TAHUN, BUKAN RM20 JUTA – MOHD NA’IM

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesahkan kos menggunakan perunding bagi tujuan penjenamaan syarikat itu ialah RM5.9 juta untuk tiga tahun, dan bukan RM20 juta seperti yang didakwa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sejak ditubuhkan pada 1963, TH telah melakukan semakan penjenamaan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1969, 1995 dan 2009.

“TH sentiasa melaksanakan kajian dan semakan terhadap tahap keyakinan dan kualiti perkhidmatan yang turut melibatkan penambahbaikan kepada penawaran produk, perkhidmatan dan proses kerjanya.

“Ini adalah penting untuk memelihara kepentingan pendeposit dan memberi perkhidmatan yang memenuhi keperluan semasa umat Islam Malaysia,” katanya ketika Ucapan Penggulungan Perbahasan Pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya semakan berkala ke atas imej sesebuah syarikat atau organisasi yang telah lama ditubuhkan adalah suatu keperluan untuk meningkatkan kualiti dan keyakinan pendeposit.

Ia bertujuan memberi nafas baharu kepada jenama TH dan memastikan TH kekal relevan terutamanya kepada generasi baharu dan golongan belia masa kini dan masa akan datang.

Tambah Mohd Na’im dalam urusan pemilihan syarikat pemberi perkhidmatan kepada TH, institusi kewangan itu sentiasa mengutamakan syarikat bumiputera di bawah polisi perolehannya.

Pada tahun 2024, 81% daripada vendor dilantik TH adalah syarikat bumiputera, melibatkan 70% daripada jumlah perbelanjaan TH.

Sementara itu, Ahli Friends Of Ministry (FOM) bagi Menteri Agama menyambut baik ketegasan Mohd Na’im yang tampil memberikan penjelasan tuntas berhubung dakwaan tidak berasas terhadap proses perlantikan syarikat bukan bumiputera oleh TH.

“Tuduhan kononnya kerajaan hari ini melantik Syarikat bukan bumiputera dengan kontrak bernilai RM20 juta bagi kerja penjenamaan TH adalah bersifat fitnah, tidak bertanggungjawab serta jelas bermotif politik,” kata kenyataan media FOM.

Tambah kenyataan itu, berdasarkan penjelasan menteri proses perlantikan vendor TH dibuat melalui penilaian ketat, mematuhi polisi perolehan korporat dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah TH mengikut prinsip tatakelola terbaik. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading