Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENOREH GETAH KERUGIAN RM74,800 TERPEDAYA ‘LOVE SCAM’

DALAM NEGARA

PENOREH GETAH KERUGIAN RM74,800 TERPEDAYA ‘LOVE SCAM’

BALING: Seorang wanita kerugian RM74,800 selepas berkenalan dengan seorang individu melalui aplikasi Facebook sejak awal Julai lalu.

Mangsa berusia 63 tahun yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai penoreh getah mula berkenalan dengan suspek melalui Facebook sebelum berhubung melalui aplikasi Whatsapp.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, suspek dikatakan memperkenalkan dirinya sebagai Ibrahim Ali yang bekerja sebagai doktor dan menetap di Ireland.

Beliau berkata, suspek meminta bantuan daripada mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun suspek bagi mengaktifkan akaunnya.

Suspek turut memberitahu yang dia ada mengirim barangan kepada mangsa sebagai tanda perkenalan.

Mangsa kemudian dihubungi individu yang mengaku sebagai pihak syarikat kurier dan mengatakan terdapat barangan yang dikirim dari suspek lalu meminta mangsa membuat bayaran cukai serta denda bagi melepaskan barangan itu.

Elias berkata, kerana terlalu percaya mangsa memasukkan wang secara berperingkat melalui Mesin Deposit Juruwang Automatik (ATM) ke dalam tiga akaun bank yang diberikan suspek.

Katanya, mangsa membuat bayaran sebanyak 25 transaksi berjumlah RM74,800 bermula September hingga Oktober lalu.

Mangsa mengesyaki dia ditipu selepas suspek berkali-kali memintanya membuat pembayaran hingga menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading